Saturday, 13 August 2011

charger

kan best kalo ade charger leyh tambah ilmu kat kepala ni..siap ade jenis2 lagi..nk tambah ilmu kimia ke, ilmu menulis ke, ilmu itam ke...kalo boleh nk beli universal knowledge charger..haha..semua ilmu ade...settle..xpyh belajar susah2 memerah otak..hahaha..kan senang..tp orang kata bukan senang nk senang..so, kne la berpayah sikit..kalo idup nk senang je baek x pyh idup..da datang da membebel aku ni..hadddddoiiii..da mcm orang jawa da mmbebel ni..hahaha..owh teringat mak tok kat kampung ng mama kat rumah tu..boleh dapat barah telinga woooo kalo dorang bebel..keluar darah kat telinga kalo dorang bebel..haha..tp semua tu sebab dorang sayangkan aku..aku tahu..terima kasih mama..terimas!!!!arigato gozaimasu ma..sbb bagi berdarah telinga ni hari2..sbb tu la jadi orang, walaupun x berapa nk jadi orang..hahaha..even xnmpk mcm berapa nk terima bebelan tu..tp adeq pk kot..............

aku membebel ari ni sbb aku nk dapatkan semangat balik utk buat Final Year Project aku.. 11aug'11 da settle present proposal kat Dr. Robert Bauchmann..then ni tggl nk amek sample..buat in situ parameter semua lah...neway, thanks a lot Dr. ROb...presentation aku sampai pukul 7.45..amek waktu berbuka sikit..tp terima kasih byk sbb tanya aku mcm2..haha..so keluar la kepakaran aku menggoreng..haha..even teacher english Madam pown da taw aku suke menggoreng..hahaha..end of dat presentation aku kne pasang azam nk buat yg terbaek utk FYP aku..haddddooooiiii..tp rasenye kne amek semangat kat heavy metal ni..sbb heavy metal sgt keras..aku ni da la suke membuang masa..lagi2 baru knal erti drama jepun n korea ni..aku hanyut....damn la...xpe..aku harus nyatakan kat dalam diri aku..itu semua datang dari diri aku..

diri aku???hahhaa...ye la..aku pernah gak belajar bende2 ni..dan ade bukti depan mata pown..ada orang kata   diri die rosak sebb pengaruh rakan..WTF la semua tu..sebenarnye diri sendiri..kalo x nk rosak so jgn la rosak..sbb diri kau x kuat kau nk salahkan orang..1st skali capture diri kau tu dulu..baru kau fikir hal lain...kalo diri sendiri pown terumbang ambing..lu nk maki orang, lu x layak der..haha..igt tu Muhammad Ikhwan..jangan malas2..kuatkan semangat..fikir masa depan ko..fikir mama papa ko.. GAMBATE!!!!!! papepon Allah swt jgn kau lupekan...DIA lah pengawal segalanya...Dia adalah segalanya..

"A man who can conquered himself, is the honor and the first winning in your life" 

this is the meaning of L.I.F.E...beware of it!!!




Monday, 8 August 2011

geli bukan takut...OK!!!

Jam menunjukkan pukul 3.57 pagi
Tatkala aku sedang mengamati muka Makino Tsukushi heroin Hana Yori Dango. Tiba-tiba....................

"Waaaaaaaa!!!!!!!!!!!" jeritan nyaring menggegarkan rumah No 665 Taman Jati Simpang Empat.
Semua isi rumah bagaikan memahami apa yang berlaku walaupun waktu itu waktu sahur.
"Tak guna punya lipas. Waaaaaahhh!!!! Geli, laknat, Tak gune!!!" sambung jeritku dan sumpah seranah ke atas makhluk tuhan itu selepas berlari keluar dari bilik.
Masih jelas terasa kaki lipas itu di bahu ku dan masih jelas terdengar bunyi kepak yang sedang melibas di telinga ku. Aku menggigil keseorangan, menghentak-hentakkan kaki ke lantai, dan menjerit-jerit memikirkan apa yang aku lalui tadi.
"Hahahahahaha!!!!" gelak sambung-menyambung dari luar dan dalam bilik. Zulkarrnaen Ahmad pun meleraikan tawanya walhal dia sedang menongkat dagu menonton cerita Stanza Cinta.
"Syifa', tolong buang Syifa' " aku suruh Syifa' buang lipas tu. 
Arrrrrrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!! terasa geli geleman aku di buatnya.

Kesan daripada kekacauan makhluk Allah itu,
Aku lambat lena memikirkan hal yang berlaku,
Aku tidur setelah matahari terpacak 20 darjah di ufuk timur bumi,
Sedang aku bergolek-golek,
Aku teringat akan anak buah ku yang disayangi,
Haiiiihhhh!!!!kan syiok kalu dia ada,
Teringat kat dia sebab dia pun takut lipas,
Arghhhh!!!rindu yang menggunung terhadap my heart of fame,
~my family~
Mama, Papa, 
Abang Is, Kak Afzan, Kak Eira, Abang Nuar, Abang Cik, Kak Miza,
Muhammad Aiman, Nur Fatin Amirah, Nur Irdina Athirah, Muhammad Irfan, Nur Dinie Nasuha, 
and the beloved one Nur Insyirah Adawiyah,
harap dapat berbuka sama-sama...insyaallah..
and to my ghost "kimi wo aishitsuzukeru....."
i miss u and love u

peace no war!!!!
yeah!!!!!!!!rockin!!
  

Wednesday, 3 August 2011

Kembali berkepul

Haihhhhhhh..
mengeluh aku keseorangan.. 
Aku dengar orang kata mengeluh ni tak elok..
tapi nk buat macam mana??
memang aku nk mengeluh..ahaks..
Sem 5 plak start..
itu yang membuatkan aku mengeluh..
tapi nak buat macam mana??
penat macam mana pun, tak suka macam mana pun, letih macam mana pun,
kena jugak pergi Micet..
nak jadi engineer la katakan..hahaha
hampir kena buang la, itu la, ini la,
seperti kebanyakkan permulaan sem,
memang agak lembab pergerakkan permulaan,
biasalah lelaki, kan suka buat kerja last-last minit..
tapi sem ni agak ganjil..
so, permulaan sem disambut oleh bulan Ramadhan bulan penuh kerahmatan bulan yang tiada bandingnya dengan bulan-bulan yang lain..
bila time berbuka memang taknak kalah la beli itu beli ini,
tapi ada jugak sikap pelik aku ni, 
entah dapat dari mana entah, 
susah nak buat keputusan bila nak beli makanan,
ah!!memang pelek la aku ni..haha..
sem ni plak FYP pown menyusul,
terkontang kanting la aku nk menyusun jadual,
buat jadual je lebih, idup tunggang-langgang jugak..
hadoi!!come on Muhammad Ikhwan..bassshhhsssahhkk!!
mungkin tak terlambat lagi kot aku nk ucapkan!!

Selamat menyabut ramadhan al-mubarak semoga kita didalam lingkungan rahmatnya,
hargailah ramadhan ini bagai tiada lagi ramadhan di hadapan anda, 
rebutlah peluang yang tersedia di depan mata ini,
bulan ini mungkin memberi seribu satu erti di dalam kehidupan masing2,
bagi yang ada juadah lebih tu,
bagi la sikit kat jiran sebelah.. ;-)

InsyaAllah kita dapat segala yang di janjikan di Bulan Ramadhan ini...

Monday, 1 August 2011

sejenak

"Chan!!!Yamseng!!!" jerit aku ke cuping Chan sambil tergelak-gelak.
"Wan, aku aaaa terdengar olang melayu cakap macam ini. "Bismillahhirohmanirahim" bila mau makan." kata chan kat aku. Aku tergelak dan terus melayan cina Sekolah Jalan Reko itu minum sambil diperhatikan member aku.
"cheers!!!" aku menjerit kerana suasana yang bingit dan bising di situ. Cawan aku, Chan dan member aku berlaga.
"yeah!!!!!" jelas terasa kepuasan di hati ketika itu. 
aku terus melayan lagu yang diputarkan oleh Dj. Mata aku meliar ke serata pelosok bar. Lantas aku pergi ke tempat yang boleh bertemu ramai gadis (manische). Satu malam di Bar-celona, Sunway yang penuh dengan remaja muda-mudi sekitar KL tetapi aku tidak pasti yang mana muda mana tua, sama sahaja yang membezakan kami adalah gaya pemakaian dan cara menari di dance floor mahu pun di tepi meja minum. Yang pasti aku hanyuttttttt.................................


Sejenak aku di dalam perjalanan ke Melaka aku terhanyut seketika mengimbau zaman hitam putih lama. Sorotan daripada itu aku mengucap ke hadrat ilahi. Timbul rasa yang tak dapat di gambarkan di hati dan perasaan aku. Persoalan demi persoalan menginggah di lubuk hati aku. Adakah aku masih ada Dia yang esa bersama ku?? Adakah aku masih lagi dalam lingkungan tetap denganNya? Atau telah dicampakkan aku ke sisi tanpa harga diri?

bergantung kepada bahan bacaan, pengalaman, dan pemerhatian,
aku terus mencari di mana jalan mencari tuhan itu,
pintu hati manakah dalam diri harus aku ketuk,
untuk memulakan perjalanan dalam menempuh hari-hari yang fana' ini,
Alhamdulillah aku panjatkan ke hadrat ilahi,
kerana aku sedar bahawa hidup ini bukan sekadar berseronok,
aku di dunia ini dilahirkan sebagai khalifah,
mendukung misi tersendiri,
membawa visi masa depan,
ianya untuk bekalan di hari kelak.

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu melainkan ianya merubah nasibnya sendiri.