"Wan, aku aaaa terdengar olang melayu cakap macam ini. "Bismillahhirohmanirahim" bila mau makan." kata chan kat aku. Aku tergelak dan terus melayan cina Sekolah Jalan Reko itu minum sambil diperhatikan member aku.
"cheers!!!" aku menjerit kerana suasana yang bingit dan bising di situ. Cawan aku, Chan dan member aku berlaga.
"yeah!!!!!" jelas terasa kepuasan di hati ketika itu.
aku terus melayan lagu yang diputarkan oleh Dj. Mata aku meliar ke serata pelosok bar. Lantas aku pergi ke tempat yang boleh bertemu ramai gadis (manische). Satu malam di Bar-celona, Sunway yang penuh dengan remaja muda-mudi sekitar KL tetapi aku tidak pasti yang mana muda mana tua, sama sahaja yang membezakan kami adalah gaya pemakaian dan cara menari di dance floor mahu pun di tepi meja minum. Yang pasti aku hanyuttttttt.................................
Sejenak aku di dalam perjalanan ke Melaka aku terhanyut seketika mengimbau zaman hitam putih lama. Sorotan daripada itu aku mengucap ke hadrat ilahi. Timbul rasa yang tak dapat di gambarkan di hati dan perasaan aku. Persoalan demi persoalan menginggah di lubuk hati aku. Adakah aku masih ada Dia yang esa bersama ku?? Adakah aku masih lagi dalam lingkungan tetap denganNya? Atau telah dicampakkan aku ke sisi tanpa harga diri?
bergantung kepada bahan bacaan, pengalaman, dan pemerhatian,
aku terus mencari di mana jalan mencari tuhan itu,
pintu hati manakah dalam diri harus aku ketuk,
untuk memulakan perjalanan dalam menempuh hari-hari yang fana' ini,
Alhamdulillah aku panjatkan ke hadrat ilahi,
kerana aku sedar bahawa hidup ini bukan sekadar berseronok,
aku di dunia ini dilahirkan sebagai khalifah,
mendukung misi tersendiri,
membawa visi masa depan,
ianya untuk bekalan di hari kelak.
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu melainkan ianya merubah nasibnya sendiri.

No comments:
Post a Comment