Tuesday, 26 July 2011

Remaja

Remaja.

Satu perhentian dalam perjalanan berlari ke masa depan yang lebih sempurna
Perhentian yang di mana aku, kau, dia, dan siapa sahaja tercari-cari apakah ertinya dunia ini
Gundah-gulana berselang gelak tawa tercipta. 
Adakah yang tercipta itu onar atau suatu manfaat untuk perjalanan seterusnya??
Ianya hasil didikan dan persekitaran. 
Perhentian di mana kita harus memilih kegelapan yang kelam atau kecerahan yang berpijar di ikuti. 
Kuasa memilih di tangan kita. 
Biarpun ianya perhentian, adakah kita terus terhenti disini??
atau gagah terus bangun bila terjatuh ketika sedang meniti hari-hari di perhentian ini??
atau jatuh terus terjelopok menanti perjalanan seterusnya??
ingatlah masa diperhentian ini tidak panjang.
Kita harus belajar dari kehidupan yang kian mencabar dari hari ke sehari.
masa terus berlalu, kita harus berlari
tiada yang sempurna tetapi kesempurnaan itu di cari 
Ingat!! Kita adalah yang betanggungjawab terhadap hidup kita.
 ~Assalamualaikum~

No comments:

Post a Comment