Saturday, 13 August 2011

charger

kan best kalo ade charger leyh tambah ilmu kat kepala ni..siap ade jenis2 lagi..nk tambah ilmu kimia ke, ilmu menulis ke, ilmu itam ke...kalo boleh nk beli universal knowledge charger..haha..semua ilmu ade...settle..xpyh belajar susah2 memerah otak..hahaha..kan senang..tp orang kata bukan senang nk senang..so, kne la berpayah sikit..kalo idup nk senang je baek x pyh idup..da datang da membebel aku ni..hadddddoiiii..da mcm orang jawa da mmbebel ni..hahaha..owh teringat mak tok kat kampung ng mama kat rumah tu..boleh dapat barah telinga woooo kalo dorang bebel..keluar darah kat telinga kalo dorang bebel..haha..tp semua tu sebab dorang sayangkan aku..aku tahu..terima kasih mama..terimas!!!!arigato gozaimasu ma..sbb bagi berdarah telinga ni hari2..sbb tu la jadi orang, walaupun x berapa nk jadi orang..hahaha..even xnmpk mcm berapa nk terima bebelan tu..tp adeq pk kot..............

aku membebel ari ni sbb aku nk dapatkan semangat balik utk buat Final Year Project aku.. 11aug'11 da settle present proposal kat Dr. Robert Bauchmann..then ni tggl nk amek sample..buat in situ parameter semua lah...neway, thanks a lot Dr. ROb...presentation aku sampai pukul 7.45..amek waktu berbuka sikit..tp terima kasih byk sbb tanya aku mcm2..haha..so keluar la kepakaran aku menggoreng..haha..even teacher english Madam pown da taw aku suke menggoreng..hahaha..end of dat presentation aku kne pasang azam nk buat yg terbaek utk FYP aku..haddddooooiiii..tp rasenye kne amek semangat kat heavy metal ni..sbb heavy metal sgt keras..aku ni da la suke membuang masa..lagi2 baru knal erti drama jepun n korea ni..aku hanyut....damn la...xpe..aku harus nyatakan kat dalam diri aku..itu semua datang dari diri aku..

diri aku???hahhaa...ye la..aku pernah gak belajar bende2 ni..dan ade bukti depan mata pown..ada orang kata   diri die rosak sebb pengaruh rakan..WTF la semua tu..sebenarnye diri sendiri..kalo x nk rosak so jgn la rosak..sbb diri kau x kuat kau nk salahkan orang..1st skali capture diri kau tu dulu..baru kau fikir hal lain...kalo diri sendiri pown terumbang ambing..lu nk maki orang, lu x layak der..haha..igt tu Muhammad Ikhwan..jangan malas2..kuatkan semangat..fikir masa depan ko..fikir mama papa ko.. GAMBATE!!!!!! papepon Allah swt jgn kau lupekan...DIA lah pengawal segalanya...Dia adalah segalanya..

"A man who can conquered himself, is the honor and the first winning in your life" 

this is the meaning of L.I.F.E...beware of it!!!




Monday, 8 August 2011

geli bukan takut...OK!!!

Jam menunjukkan pukul 3.57 pagi
Tatkala aku sedang mengamati muka Makino Tsukushi heroin Hana Yori Dango. Tiba-tiba....................

"Waaaaaaaa!!!!!!!!!!!" jeritan nyaring menggegarkan rumah No 665 Taman Jati Simpang Empat.
Semua isi rumah bagaikan memahami apa yang berlaku walaupun waktu itu waktu sahur.
"Tak guna punya lipas. Waaaaaahhh!!!! Geli, laknat, Tak gune!!!" sambung jeritku dan sumpah seranah ke atas makhluk tuhan itu selepas berlari keluar dari bilik.
Masih jelas terasa kaki lipas itu di bahu ku dan masih jelas terdengar bunyi kepak yang sedang melibas di telinga ku. Aku menggigil keseorangan, menghentak-hentakkan kaki ke lantai, dan menjerit-jerit memikirkan apa yang aku lalui tadi.
"Hahahahahaha!!!!" gelak sambung-menyambung dari luar dan dalam bilik. Zulkarrnaen Ahmad pun meleraikan tawanya walhal dia sedang menongkat dagu menonton cerita Stanza Cinta.
"Syifa', tolong buang Syifa' " aku suruh Syifa' buang lipas tu. 
Arrrrrrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!! terasa geli geleman aku di buatnya.

Kesan daripada kekacauan makhluk Allah itu,
Aku lambat lena memikirkan hal yang berlaku,
Aku tidur setelah matahari terpacak 20 darjah di ufuk timur bumi,
Sedang aku bergolek-golek,
Aku teringat akan anak buah ku yang disayangi,
Haiiiihhhh!!!!kan syiok kalu dia ada,
Teringat kat dia sebab dia pun takut lipas,
Arghhhh!!!rindu yang menggunung terhadap my heart of fame,
~my family~
Mama, Papa, 
Abang Is, Kak Afzan, Kak Eira, Abang Nuar, Abang Cik, Kak Miza,
Muhammad Aiman, Nur Fatin Amirah, Nur Irdina Athirah, Muhammad Irfan, Nur Dinie Nasuha, 
and the beloved one Nur Insyirah Adawiyah,
harap dapat berbuka sama-sama...insyaallah..
and to my ghost "kimi wo aishitsuzukeru....."
i miss u and love u

peace no war!!!!
yeah!!!!!!!!rockin!!
  

Wednesday, 3 August 2011

Kembali berkepul

Haihhhhhhh..
mengeluh aku keseorangan.. 
Aku dengar orang kata mengeluh ni tak elok..
tapi nk buat macam mana??
memang aku nk mengeluh..ahaks..
Sem 5 plak start..
itu yang membuatkan aku mengeluh..
tapi nak buat macam mana??
penat macam mana pun, tak suka macam mana pun, letih macam mana pun,
kena jugak pergi Micet..
nak jadi engineer la katakan..hahaha
hampir kena buang la, itu la, ini la,
seperti kebanyakkan permulaan sem,
memang agak lembab pergerakkan permulaan,
biasalah lelaki, kan suka buat kerja last-last minit..
tapi sem ni agak ganjil..
so, permulaan sem disambut oleh bulan Ramadhan bulan penuh kerahmatan bulan yang tiada bandingnya dengan bulan-bulan yang lain..
bila time berbuka memang taknak kalah la beli itu beli ini,
tapi ada jugak sikap pelik aku ni, 
entah dapat dari mana entah, 
susah nak buat keputusan bila nak beli makanan,
ah!!memang pelek la aku ni..haha..
sem ni plak FYP pown menyusul,
terkontang kanting la aku nk menyusun jadual,
buat jadual je lebih, idup tunggang-langgang jugak..
hadoi!!come on Muhammad Ikhwan..bassshhhsssahhkk!!
mungkin tak terlambat lagi kot aku nk ucapkan!!

Selamat menyabut ramadhan al-mubarak semoga kita didalam lingkungan rahmatnya,
hargailah ramadhan ini bagai tiada lagi ramadhan di hadapan anda, 
rebutlah peluang yang tersedia di depan mata ini,
bulan ini mungkin memberi seribu satu erti di dalam kehidupan masing2,
bagi yang ada juadah lebih tu,
bagi la sikit kat jiran sebelah.. ;-)

InsyaAllah kita dapat segala yang di janjikan di Bulan Ramadhan ini...

Monday, 1 August 2011

sejenak

"Chan!!!Yamseng!!!" jerit aku ke cuping Chan sambil tergelak-gelak.
"Wan, aku aaaa terdengar olang melayu cakap macam ini. "Bismillahhirohmanirahim" bila mau makan." kata chan kat aku. Aku tergelak dan terus melayan cina Sekolah Jalan Reko itu minum sambil diperhatikan member aku.
"cheers!!!" aku menjerit kerana suasana yang bingit dan bising di situ. Cawan aku, Chan dan member aku berlaga.
"yeah!!!!!" jelas terasa kepuasan di hati ketika itu. 
aku terus melayan lagu yang diputarkan oleh Dj. Mata aku meliar ke serata pelosok bar. Lantas aku pergi ke tempat yang boleh bertemu ramai gadis (manische). Satu malam di Bar-celona, Sunway yang penuh dengan remaja muda-mudi sekitar KL tetapi aku tidak pasti yang mana muda mana tua, sama sahaja yang membezakan kami adalah gaya pemakaian dan cara menari di dance floor mahu pun di tepi meja minum. Yang pasti aku hanyuttttttt.................................


Sejenak aku di dalam perjalanan ke Melaka aku terhanyut seketika mengimbau zaman hitam putih lama. Sorotan daripada itu aku mengucap ke hadrat ilahi. Timbul rasa yang tak dapat di gambarkan di hati dan perasaan aku. Persoalan demi persoalan menginggah di lubuk hati aku. Adakah aku masih ada Dia yang esa bersama ku?? Adakah aku masih lagi dalam lingkungan tetap denganNya? Atau telah dicampakkan aku ke sisi tanpa harga diri?

bergantung kepada bahan bacaan, pengalaman, dan pemerhatian,
aku terus mencari di mana jalan mencari tuhan itu,
pintu hati manakah dalam diri harus aku ketuk,
untuk memulakan perjalanan dalam menempuh hari-hari yang fana' ini,
Alhamdulillah aku panjatkan ke hadrat ilahi,
kerana aku sedar bahawa hidup ini bukan sekadar berseronok,
aku di dunia ini dilahirkan sebagai khalifah,
mendukung misi tersendiri,
membawa visi masa depan,
ianya untuk bekalan di hari kelak.

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu melainkan ianya merubah nasibnya sendiri.

Tuesday, 26 July 2011

Remaja

Remaja.

Satu perhentian dalam perjalanan berlari ke masa depan yang lebih sempurna
Perhentian yang di mana aku, kau, dia, dan siapa sahaja tercari-cari apakah ertinya dunia ini
Gundah-gulana berselang gelak tawa tercipta. 
Adakah yang tercipta itu onar atau suatu manfaat untuk perjalanan seterusnya??
Ianya hasil didikan dan persekitaran. 
Perhentian di mana kita harus memilih kegelapan yang kelam atau kecerahan yang berpijar di ikuti. 
Kuasa memilih di tangan kita. 
Biarpun ianya perhentian, adakah kita terus terhenti disini??
atau gagah terus bangun bila terjatuh ketika sedang meniti hari-hari di perhentian ini??
atau jatuh terus terjelopok menanti perjalanan seterusnya??
ingatlah masa diperhentian ini tidak panjang.
Kita harus belajar dari kehidupan yang kian mencabar dari hari ke sehari.
masa terus berlalu, kita harus berlari
tiada yang sempurna tetapi kesempurnaan itu di cari 
Ingat!! Kita adalah yang betanggungjawab terhadap hidup kita.
 ~Assalamualaikum~

Sunday, 12 June 2011

sisi gelap

tanggal 28 dan 29 mei '11..hari ni kerajaan buat hari belia..semua belia di kumpulkan..sejuta la katenye.ade la function2 sikit la kat Putrajaya ni..sejuta belia la katekan..aih!!!aku bukan nk mengomel pasal sejuta ke tiga juta ke satu billion ni..aduyai..cume aku nk cerita pasal aku pegi survivor kid camp..mmg nmpk mcm..EH!!ape yg survivor nye??hahaha..mcm bagus je kan..actually camp ni utk anak2 yatim dan anak2 yg parents dorang bermasalah..di adakan di kem lubuk manggis dkt ng pangsun sana tu..sana mana?ceh!!kat batu 18 hulu langat la..jalan nk pg gunung nuang..cm tahu je korang..actually, aku terlibat dgn program ni pown atas sbb sgt merasa bersama dgn anak2 yg tidak bernasib baek sangat nk compared dgn aku ni..first time aku jumpe dorang mmg aku agak gugup mcm mane nk berkomunikasi dgn dorang..dorang pown bukan pernah jumpe aku b4 ni..sbb ingin berkongsi segala apa yg aku ada aku sahut ingin bersama dgn dorang..bile bersama dgn dorang aku byk berfikir..mcm2 dalam kepala otak aku ni..mmg dorang fun n x tunjukkan yg dorang kekurangan..tp bila bersama dorang aku tahu dorang kekurangan..ada yg nk di perhatikan ada juga yg susah nk berinteraksi..yg paling aku fikirkan..mereka mmg dalam masyarakat..tp knape hanya segelintir yg memandang mereka??knape bila ade kejadian tanah runtuh dkt hulu langat juga baru nk terhegeh2 kata itu kata ini..mereka mmg dalam masyarakat..tp hanya disisi gelap masyarakat..kerana kita mewah akan segala yg kita dapat..tp adakah sedetik kita berfikir akan orang yg tidak senasib dgn kita??kalo berfikir apakah usaha kalian akan mereka? ramai di malaysia yg bekerjaya profesional..yg menjadi jutawan..tetapi adakah menghulurkan sepuluh ringgit utk mereka menjadi beban?bukan mengomel atau membangga diri tolong mereka..cume mereka perlukan kita..mereka juga insan biasa..tp kita ignore mereka..kerena kita sendri telah di ulit mimpi indah ciptaan manusia..aku mohon kepada allah swt tabahkan hati dorang yg tidak bernasib baek..dan aku seru kepada NGO2 di luar sana supaya perhatikan mereka..mereka masih lagi ada jurang utk bermasyarakat..dan mereka masih mundur..adakah kita mahu maju bersama??tidak kita hanya mementingkan kepentingan diri sendiri..dalam erti kata lain kita hanya maju lahiriah tetapi secara zahirnya kita mundur..bg NGO yg bertungkus lumus aku ucapan jutaan terima kasih dan aku sgt menyokong usaha kalian membantu mereka.. berbalik kepada 2 hari aku kat situ..dorang terbaek la..mengikut arahan..ada kala nya dorang tension  dgn task yg di beri..haha..tp kekadang tu mmg loyar buruk amat la.. nk citer sikit ni.. time tu task buat api,,so, ade bg grouping la..satu group ni..bile tanye "sape reti buat api pakai solid fuel dan sebatang mancis??" sorang angkat.. "saya bang!!saya!!" perghhh, penuh semangat bdak ni dalam hati aku... "ok!!sila ke depan kongsi dgn ahli kumpulan lain"..bdak tu jawab "saya punye kawan bang!!!die x datang hari ni" dalam hati aku..ces bdak ni..aku tergelak je la..byk lagi yg aku nk cerita..tp da mcm ape da panjang post ni..tp mmg banyak yg aku belajar dari mereka..hanya ungkapan yg aku nk kongsi dgn korang "mereka cume tiada masa silam dan di tarik sedikit kebahagian, bukan mereka tiada masa depan dan memberi kebahagian kepada orang lain" maka bantulah mereka kerana mereka perlukan kita.. apa yg aku belajar dari dorang adalah "kita sering memikirkan hal masa lampau yg menyedihkan sehingga kita buta yg allah swt telah menetapkan perkara yg amat membahagiakan kita di hadapan kita"..pengalaman dan pembelajaran kehidupan yg mereka bg kat aku xkan pernah di lupakan..ianya utk usaha aku memadam kisah2 silam aku sendiri..insyaallah..terima kasih ya Allah telah mempertemukan aku dgn mereka..

Saturday, 21 May 2011

keluar kau!!!


woh...pengalaman dua bulan sebelum ni mmg mencabar...tidur x lena..makan x kenyang..isap rokok x kuar asap beb..aku terhimpit dalam zone amat tidak selesa..dgn examnya dgn testnye..lab report ape ke semua bende alah tu..tambah plak dgn jadi pengarah program EGL 4..perghhhh...rase setiap saat tu amat bermakna..tp yg paling puas...berat gua turun mendadak..12 kg bak angggg!!!tp rase perut ni maintain je..cehhh..tp btul la...kalo aku kurus korang nk pggl aku ape???xkan morq jugak??gemuk balek la aku mcm tu..hahha..syukur alhamdulillah program EGL4 berjalan juga..walaupun perit payah jerih penat semua ada..dgn bantuan orang sekeliling berjaya jugak...utk EXAM: ermmmm,, no comment but tu yg terbaek aku buat..semuanya penat jerih aku lalui utk mendewasakan aku yg kehidupan ini bukannya mudah..ada turun naiknya..ada selok belok liku2 yg perlu di lalui..kita dapat berdiri sebelah kaki atau tanpa kaki jika ada sokongan dari tepi...jatuh bgn duduk berdiri bersama bagaikan satu keluarga..alhadulillah aku dipertemukan dgn insan sebegitu..di mana mereka mengajar ku erti kehidupan sebenar..tetapi masih missing sumthing..huhuhu..damn la...haha..its ok!!! hutan jua tempat ku lepas kan segalanya..hutan semulajadi anugerah ciptaan tuhan yg maha pencipta dan maha adil...